Jumaat, 10 Oktober 2014

Bab 1-Adam Sarah


Okay,dengan rasminya dan buat kali keduanya aku mengenakan solekan pada mukaku. Ini semua semata-mata dek kerana semangatku untuk menyambut ketibaannya. Saat ini mungkin dia sedang berada dalam kapal terbang selama berjam-jam lamanya dan aku? Sedang sibuk menghiasi mukaku dengan benda alah yang  sangat jarang aku gunakan. Memang aku seorang perempuan yang paling tak suka bab ber make up sgala ini tapi tak kanlah aku nak jumpa abang Adam dengan muka macam puntianak pula dengan tanpa sebarang solekan di muka? Terus hilang selera pula dia nanti.Hahaha.. Dalam keadaan terpaksa dalam rela ku tadahkan sahaja mukaku kepada adik ku yang lebih arif dalam bab yang lebih keperempuanan ini.Kalau aku sendiri yang make up mahu lari dia tengok cina opera manalah yang datang sambut dia nanti?

     “Ah,ni semua poyo belaka!”Aku yang sedang memejamkan mata sambil adikku sibuk men touch up alis mataku terdengar akan sindirannya.
"Woii..apa poyo-poyo hah? Suka hati aku lah nak melawa macam mana pun.Kau buat saja kerja kau ni.Aku dah upah kau kan 10 ringgit?". Ku buka mata sepet namun di larang olehnya kerana solekan tidak sempurna lagi.

     "Duduk diam-diam lah.Hisy,tak tenteram lah aku nak touch up muka kau ni.Ke kiri ke kanan,kejap-kejap buka mata..Karang muka kau tak semenggah aku tak tahu ya?"Bebelnya kepadaku.Budak ini kalau tiba angin dia..kecil besar kecil besar saja aku pandang adik aku ni lah.Nasib baik aku memang sangat perlukan pertolongan dari kau sekarang.Kalau tak,memang merasa lah kau kasut saiz 32!.

    "Yeelah..but make sure kau touch up muka aku selawa yang mungkin okay?Kalau boleh dapat iras-iras Diana Dianelle cukuplah".Gurauku.
    "Hahahaha..bukan iras-iras Diana Dianelle yang kau dapat?Donah Dollah bolehlah! "Tanpa dipinta,berdekah-dekah aku gelak mendengar gurauan adik aku.Hmm..tak pa lah..memang hari ni aku catitkan sebagai hari gelak tawa sedunia.Orang jauh nak balik katakan?hahaha....

-----------------------------------------------------------------

Ketibaan penerbangan dari Air Emirates...

     Tatkala mendengar sahaja pengumuman memaklmkan bahawa flight yang dinaiki abang Adam sudah selamat sampai ke airport.Dengan tak semena-menanya aku menumpahkan air mata.Tak ku sangka orang yang selama ni puas aku tunggu saban hari akhirnya selamat sampai jua.Kelihatan pak long dan mak long ku tenang sahaja mendengar pengumuman itu.Pak longku mengenggam erat tangan mak longku.Mungkin mereka merasa tersentuh dan gembira menanti kelibat anak tunggal kesayangan mereka.Jelas terpancar riak kegembiraan di muka kedua-duanya.Cuma aku ini yang tiada kaitan langsung dengann mereka beriya-iya mengalirkan air mata.Mengelakkan daripada sesiapa melihat,pantas sahaja aku mengesat tubir air mataku di tepi jahitan kain kurungku.

     “Hmm...tak sangka saya dapat tengok lagi air mata awak yang gemuk-gemuk itu sekali lagi.Seronok sangat ya abang kesayangan awak dah balik sampai air mata awak begitu murah sekali?". Dalam dok melayani perasaan,tiba-tiba ku terdengar suara yang sangat asing di pendengaranku.Pantas ku menoleh ke sebelah kananku.Dia?

     Aku ingatkan pemilik suara itu adalah milik abang Adam namun sangkaanku meleset sama sekali.Rupa-rupanya itu suara abang Faeez anak sulung kepada pak lang ku. Lantas aku tersenyum memandangnya."Hah?Mana ada lah..saya menangis sebab habuk masuk dekat dalam mata ni"..Aku membuat alasan lapuk.
    "Bila abang sampai ke sini?". Aku menemu ramahnya.Jujur,ini lah kali pertama dia bercakap denganku.Lelaki itu pendiam sedikit dan agak menyendiri.Lagi-lagi pula dia jarang balik ke kampung kerana masih sibuk dengan jadual kuliahnya di Universiti yang padat.Terkejut juga aku apabila dia terlebih dahulu menyapaku.Namun,bersangka baik..mungkin dia cuba untuk merapatkan hubungan kami atas dasar saudara.
     "Abang Faeez dah sampai dekat sini lama dah..Sarah saja yang tak perasan akan abang? Ya lah..abang sedar Sarah bukan pandang abang pun kan?".
     "Eh,kenapa pula mamat ini.Ayat tu macam ada maksud saja?" Aku mencerutkan mukaku memandangnya.Ah,lantak lah.dia gurau saja tuh..tapi..lawak dia tu agak mencurigakan and scaryyy! 
   
   Abang....

     "Adam!" 
Belum sempat aku habis membalas soalannya tiba-tiba aku terdengar suara mak longku melaung kuat nama si dia.Sepantas kuasa kilat ku palingkan mukaku ke arah pintu boarding. Ya Allah! Betul-betul di hadapanku.Betul-betul di mataku.Betul-betul dan memang ternyata bukan bermimpi lagi...Abang Adam berjalan keluar dengan tenang ke arah kami sekeluarga.Terpalit senyuman lebar di mukanya hingga menampakkan kedua belah lesung pipitnya yang jelas kelihatan.Aku terpana tak berkata apa-apa.Soalan yang diutarakan sebentar tadi ku biarkan tergantung sebegitu sahaja.

     "Aaa...aa...bang Adamm".. Perlahan ku sebut namanya.Entah kenapa,sebaik sahaja melihat susuk badannya membuatkan kaki aku secara automatik mengigil-gigil bergetaran.Mulutku terkunci seribu bicara.Mahu saja sekali lagi aku hamburkan air mataku namun ku tahan sebaik mungkin.
Dia sudah berubah secara drastik.Penampilannya semakin kemas dan nampak lebih matang seiring dengan usianya yang makin meningkat 25 tahun.Segak sahaja dia berpakaian sut hitam dengan kaca mata hitam terletak elok di batang hidungnya yang terpatuk elok.Sungguh,dia sangat kacak ! Air liur yang keluar dari mulut ku pantas ku hirup semula.Hebat sungguh penangan abang Adam kepadaku.
Aku lihat dia mulai berpelukan dan bersalaman dengan semua orang.Jelas terpancar kegembiraan di raut mukanya dapat bertemu kembali dengan seisi keluarga yang sudah lama tdak dilihatnya.Aku hanya diam memerhati sekeliling.Tiba sahaja giliranku.Ya Robbi...macam nak gugur jantung aku bila dia betul-betul berdiri di hadapan ku.Beza jarak antara kami hanyalah 1 kaki sahaja.Dia mengukirkan senyuman kepadaku.Tangan di lekapkan di dadanya sebagai tanda salaman .Nasib baik lah kau dengan aku ini bukan muhrim,kalau tak dah lama aku terkap dah kau sekarang ni tau?Aku membalasnya dengan senyuman.Jujur time ni aku rasa kalau ada orang ketuk kepala aku dengan hammer pun aku tak rasa apa dah?Haha.

“Dia menegurku. Sarah sihat? Macam mana sekarang? Subhanallah...dah besar Sarah sekarang. Dah jadi anak dara. Mesti dah pandai masak kan? Hmm..bolehlah masakkan untuk abang kejap karang? Abang lapar sangat sekarang ni”. Guraunya kepadaku. ‘Oh my Adam...melting habis aku dengar suara dia weiii.. kenapa lah sweet sangat pujaan ku seorang ni’?.Balik balik airport ja dah cakap sal makanan.Kebulur apa dia ni??? .Getus aku.

Truttttt~~ Bakal disambung! ^_^ Happy reading akak2 adik2 abg2 semua!

Sabtu, 13 September 2014

My Sarah



Bab 1
       “Abang Adam kamu balik Malaysia Sabtu ni Sarah. Semalam mak long kamu cakap dekat mak. Nanti mak ngan ayah nak pergi airport sambut ketibaan dia. Kau nak ikut tak”?. Aku yang sedang mengacau tumis di dapur terkejut tak kepalang mendengar kata-kata yang datang dari mulut mak aku.Ku bulatkan mataku sebesar biji golf seakan tidak percaya akan berita itu.Inilah satu-satunya berita yang aku tunggu-tunggu selama tiga tahun lamanya.      
 
      Apa? abang Adam dah nak balik Sabtu ni? Biar betul! Ya Allah.. gembiranya’!!!. Mendengar sahaja khabar berita itu lantas aku melonjak kegembiraan.”Yeeeehaaaaa.....abang Adam balik akhirnya! Yahoooo”! Aku seperti hilang akal mendengar berita yang selama ni aku nantikan bertahun lamanya menjerit-jerit kegembiraan. Senduk yag ku pegang ku hayun ke kiri ke kanan sambil melaung kuat nyanyian Allahyarham Sudirman. Hooreyy horreyy...hoorey hooreyy.. Bergembira......Hahahahhahaha......Lalalalalalalalalalalala” Ku goyangkan punggungku bak goyangan maut Inul di hadapan mak ku. Entah kenapa,terasa seperti suis kepalaku tercabut dan berkecai apabila mendengar berita bahawa pujaanku dari kecil akan pulang kembali kepadaku tak lama lagi. Perasaan gembira semakin melonjak kuat dalam diriku. Ku pejamkan mata sambil tersenyum lebar. Sedang enak melayani perasaan,tiba-tiba...

      Kelekuk!“Adoiiiii...sakitlah mak! Awat mak ni? Main liku-liku kepala orang.Ayah bayar zakat la mak!”. Tanpa ku sedari,pantas sahaja hayunan senduk sekuat hayunan Maria Shaparoza mengenai kepalaku.’Sakitnya..Ya Allah..boleh mereng kepala aku kalau kena se das lagi gamaknya.Ganas betul la mak aku ni’!.Kepala yang terasa bengal ku urut laju .Ku keriutkan kening menahan kesakitan.“Memang patut pun mak meliku kepala kau ni! Terjerit sana,melompat sini dah macam pocong mak tengok kau ni tau?. Kau tak reti malu kah Sarah oi? Dah jadi anak dara perangai tak ubah macam budak-budak”!. Di herotkan-herotkan mulutnya ke kiri ke kanan melihatku. Dah macam orang parkinson pulak la aku tengok mak aku buat mulut macam itu? Gumamku.Melihat expresi muka mak aku yang sangat ‘photoghenic’ membuatkan aku tertawa sumbing.“Yang kau ni happy sangat pahal? Kat ya pun.. suka abang Adam kesayangan kau itu balik..Tak payahlah gembira lebih-lebih. Entah dia ingat kau pun ntah lah. Al-maklumlah, orang kalau dah pergi merantau negara orang lama-lama ini, lain sikit pembawaannya bila balik tanah air sendiri. Jangan dia macam kacang lupakan kulit sudahlah”.Getus mak aku sambil mengeleng kepala.Senduk di tangan ku di ambilnya lalu mengacau tumis menganti tugasku yang terdelayed sebentar tadi. 

      Mendengar sindiran mak aku,pantas sahaja ku hadiahkan jelingan tajam kepadanya.“Tak lah mak..abang Adam tak kan lupakan kita. Lagipun, kita kan kenal siapa abang Adam itu? Mak boleh liku kepala Sarah ni sebanyak yang mak boleh kalau betul abang Adam berubah masa balik nanti”.Tegas ku menidakkan kenyataan mak ku .“Hmm...Sarah..Sarah.. daru dulu sampai sekarang..tak habis-habis. Asyik-asyik menangkan abang Adam kamu itu? Lantak kau lah Sarah. Mak tak tuduh..mak buat andaian saja.Mana lah tahu manusia ni rambut sama hitam, hati”?.Lauk tumis yang sudah siap dimasak diletakkan di atas pinggan. Di kuapkan tudung saji menutupi hidangan makanan tengahari kami anak beranak.Tanpa berkata panjang, pantas sahaja mak ku meluru ke atas ruang tamu rumah.“Kuali tu.. tolong basuhkan ya Along. Mak nak tengok ayah kau sekejap. Entah mana menghilang lah ayah kau ni. Ini tak lain tak bukan mesti tengah  berkebun kat belakang rumah ni.. Hisyy..panas berdenting ni.. kalau demam karang, sapa susah? Mak juga”! . Mak ku mengomel sendirian . Suaranya sudah tidak kedengaran lagi di dapur.Tinggallah aku keseorangan di dapur sambil memandang kosong kuali yang masih berdaki kesan tumis. 

      Ku redupkan mataku seredupnya.‘Hmmm...apa akan jadi kalau apa yang mak aku cakap itu betul? Apa akan berlaku jika abang Adam lupakan aku. Aku! aku yang selalu dan setia menyukainya dari dulu lagi?. Ya Allah..janganlah kau palingkan perasaanya kepadaku ya Allah. Tetapkanlah hatinya kepadaku.Kau tahu bukan betapa hebat dan dasyatnya cintaku kepadanya? Dalam diam ku lantunkan doaku kepada yang Esa dengan harapan yang tinggi mengunung mengalahkan segala petala dunia agar abang Adam masih lagi seperti dahulu kala.Pintaku dalam hati. 

 

Ahad, 6 Julai 2014

Alkisah~~~~

Assalamualaikum ~~ Hehe...Alhamdulillah.. Allah permudahkan jugak urusanku nak buat blog ini?
Nampak tak kejakunan dan betapa tingginya tahap kemahiran IT ku? Haha.. bak kata kawanku,itu perkara biasa bro.. lama2 pandai lah juga.. Hmm..katanya! kepala cheq ni dah dok mamai fikir camna nak start blog ni? Last2 main redah sajalah labu.. asalkan orang faham ape yang aku dok merepek dalam ni..haha..
Okay,first of all..this blog is made up untuk releasekan novel pertama yang boleh dikatakan  dianggap serious oleh aku.. Selalunya 'novel2' yang lain hanya akan bertahan riwayatnya selama beberapa minggu sahaja sebelum dilupuskan nyawanya di tong sampah..Haha.. entah kenapa~ I thought that novel Dia Teristimewa ini mcm ada auranya yang tersendiri yang membuatkan aku still boleh carry on menabahkan hati merekanya.Mungkin kerana penangan Aisya Sufiyyah yang semakin menebal kot dalam diri aku ni?
Aisya Sufiyyah~ Seorang gadis perawan yang sangat menjaga tatatertib dan keperibadian menurut Islam..
Subhanallah~ Wallahi.. Semasa aku melakar kisah watak Aisya Sufiyyah ini,secara tidak ku sedar,segala charateristics yang telah aku bayangkan dekat watak Aisya Sufiyyah semakin dekat dan aku praktikkan dalam diri ini.Kalau selalu,main serkup jarang saja bab berpakaian ni..tapi,belakangan ini,disebabkan pengaruh watak dalam novel aku sendiri,aku dah fully changed! I mean FULLY CHANGED FROM HEAD TO TOE! Segala puji bagi Allah.. so,kepada sesiapa yang nak follow,copy cerita Aisya Sufiyyah ni...dipersilakan sangat..Saya tak nak  pungut apa2 keuntungan  pun dalam cerita ni..Cukuplah Allah sahaja yang membalas semuanya..May Allah bless us...Kalau ada silap..tegurlah ..Support me ! Assalamualaikum
:) 
Publish..hehe..dah lama nak buat macam ni..Publish!